Duta Silver Infocomm Wellness

01/08/2020

Sertai Keluarga Warga Emas Bijak Teknologi!

Hendak mengejutkan rakan sebaya dan keluarga anda dengan kebijaksanaan kemahiran teknologi anda, atau mengenali sesiapa yang ghairah hendak membantu rakan sebaya menggunakan wadah digital? Jika anda menepati ciri-ciri tersebut, calonkan diri anda atau rakan anda sebagai Duta Kesejahteraan Infokom Perak (SIWA)!

SIWA ialah warga emas, berusia 50 tahun ke atas, yang diiktiraf kerana memiliki gaya hidup IT yang aktif dan menjadi sumber inspirasi dan galakan kepada rakan sebaya mereka untuk menggunakan teknologi infokom bagi meningkatkan gaya hidup masing-masing. Contoh: jaringan sosial, blog, dan perbankan elektronik.  SIWAs datang daripada latar belakang yang berbeza-beza, namun kesemuanya ghairah hendak membantu warga emas lain menerima teknologi.

Dengan lebih ramai warga emas kini bersedia untuk menerima amalan digital dan diperkayakan dengan teknologi digital, kami berharap ia akan menggalak golongan warga emas ini untuk turut mengajak rakan sebaya mereka agar sama-sama mendakap dunia digital.

IMDA dan Majlis Penuaan Aktif Persatuan Rakyat (PAAAC) melantik Duta-Duta Kesejahteraan Infokom Warga Emas (SIWA) yang baru setiap tahun, bagi pengiktirafan golongan warga emas yang menjalani gaya hidup digital yang aktif dan gemar membimbing rakan sebaya mereka untuk melangkah ke arah digital.

Pencalonan bagi SIWA 2021 kini dibuka! Calonkan diri anda atau seorang teman bagi program SIWA di sini.

Duta Kesejahteraan Infokom Warga Emas yang Dilantik akan menerima baucar $100 setiap seorang. Pencalonan akan ditutup pada 30 Apr 2021. 

Criteria dan Kelayakan

IMDA dan PA AAC mencari individu yang merupakan:

  • Rakyat Singapura atau Warga Tetap Singapura yang berusia 50 tahun ke atas pada 1 April 2021
  • Aktif menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian mereka; gemar melakukan kerja-kerja sukarela dan membantu orang lain mendakap teknologi demi kesenangan yang lebih baik serta kehidupan yang lebih bermutu.
  • Mahu ditemu ramah, dirakam gambar, berjumpa rakyat awam
  • Calon SIWA yang lalu boleh memohon semula

Faedah istimewa sebagai SIWA

Anda berpeluang untuk:

  • Berjumpa dan membina jaringan dengan rakan sebaya yang sehaluan, dan teruja untuk membantu mereka menggunakan wadah-wadah digital  
  • Hulurkan bantuan dan sertai acara-acara yang dianjurkan oleh IMDA atau PA AAC
  • Kongsilah pengalaman IT anda menerusi ceramah, temu bual atau peluang untuk difilemkan, mana-mana yang boleh guna
  • Berperanan menjadi warga tua yang berinspirasi dalam komuniti untuk belajar dan menerima teknologi untuk memanfaatkan kehidupan mereka

Ketahui SIWAs dengan lebih lanjut menerusi video-video di bawah ini: