Cerita yang diketengahkan

SIWA dahagakan ilmu baharu

06/04/2020

Encik Ramli Bin Puteh: Keinginan SIWA Untuk Belajar

IMDA dan Majlis Penuaan Aktif Persatuan Rakyat (PAAAC) melantik Duta Kesihatan Infocomm Warga Emas (SIWA) baru setiap tahun. SIWA adalah golongan warga emas dalam masyarakat yang menjalani gaya hidup bijak secara digital dan mempunyai semangat untuk menyampaikan pengetahuan itu kepada rakan sebaya mereka. Pada tahun 2019, 36 SIWA baharu dilantik, dan lebih daripada 200 telah dilantik sehingga kini.

Kami bertemu dengan salah seorang Duta SIWA, Encik Ramli Bin Puteh, 66 tahun, untuk mengetahui perjalanannya dan perkara yang memberikannya inspirasi untuk berkongsi pengetahuan dengan masyarakat.

a-siwas-thirst-for-learning-1

Boleh beritahu kami berkenaan perjalanan digital anda? Bagaimanakah boleh bermula?

Saya bermula apabila lulus universiti pada tahun 1976. IT bukanlah suatu yang popular seperti sekarang ini, anda dapat melihat kanak-kanak bermain dengan telefon pintar mereka. Komputer mahal tetapi saya berupaya membeli sebuah untuk diri saya sendiri setelah tamat persekolahan. 

Saya tidak ingat jenamanya tetapi reka bentuknya mudah sahaja. Secara tidak formal, saya mengajar orang cara menggunakannya dan itu boleh dianggap pengalaman pertama saya dalam latihan IT.  

Menarik sungguh. Anda sudah mahir digital awal dahulu dan mahui berkongsi ilmu dengan yang lain. 

Dahulu, sebagai siswazah baharu, kami mahu meninggalkan kesan kepada masyarakat. Untuk saya , saya terlibat dalam organisasi akar umbi sejak lulus universiti. Saya beralih daripada mengajar IT kepada orang secara tidak formal ke latihan yang berbentuk formal apabila saya terlibat dalam kepimpinan akar umbi. 

Dan pengalaman ini menyediakan anda bagi pelibatan anda dengan SIWA

Sebenarnya, saya berpindah ke Australia dan tinggal di sana selama 12 tahun selepas saya menjalani pembedahan jantung kerana saya memerlukan gaya hidup yang perlahan sedikit. Apabila saya pulang ke Singapura, saya membuat keputusan untuk menyumbang kepada masyarakat sekali lagi dan kali ini di Kelab Masyarakat Sengkang. 

a-siwas-thirst-for-learning-2

Saya gembira apabila mendapat tahu berkenaan program-progranm seperti SIWA dan SKillsFuture. Kami membuat keputusan untuk menganjurkan aktiviti untuk warga emas di Kelad Masyarakat. Saya rasa terdorong kerana saya lihat program SIWA membentuk suasana pembelajaran IT yang baik. Pada masa yang sama, semua pengalaman saya dapat dikongsi kepada orang ramai. 

Apakah manfaat terbesar yang anda raih daripada SIWA?

Untuk saya, warga emas yang paling saya utamakan. Kita berbual tentang menjadikan diri kita bersedia untuk masa hadapan, namun terdapat ketidak sepadanan antara jangkaan dengan kemahiran mereka. Daripada sudut pemikiran, mereka takut akan  sesuatu yang belum pasti. Apabila mereka mula berasa selasa, mereka akan rasakan bahawa mereka sebahagian daripada dunia ini.   

a-siwas-thirst-for-learning-3

Sekiranya saya dapat membuktikan kepada mereka bahawa pada peringkat umur ini, saya dapat melakukannya, maka tidak perlu ada rasa takut tentang keupayaan mereka untuk berjaya. Keyakinan mereka masih boleh dipertingkat dengan bimbingan rapi dan membuat mereka memahami dari sudut gambaran yang lebih besar.  Ini mestilah berdasarkan hasil. Apabila mereka melihat hasil usaha mereka, maka usaha itu berbaloi. 

Bagaimanakah anda mengemaskinikan diri secara digital?

Saya telah turut serta dalam apa-apa kursus yang saya boleh sertai. Dengan menggunakan Skillsfuture, saya hanya boleh membelanjakan sebanyak $500, maka saya berharap terdapat penambahan pada tahun depan.

Saya rasa sekarang ini kita boleh belajar dengan banyaknya. Pemburuan ilmu perlu berterusan selagi ada keinginan. Secara peribadi, saya fikir dengan melengkapkan diri kita secara berterusan akan mengukuhkan pemikiran kita untuk masa hadapan. 

Apakah antara palikasi yang anda sering gunakan?

Saya gunakan aplikasi komunikasi WhatsApp. Saya juga gunakan aplikasi media sosial seperti Facebook dan Instagram.

a-siwas-thirst-for-learning-4

Saya juga gunakan telefon saya untuk perbankan Internet, memindah wang juga boleh dilakukan di rumah dengan penuh keselesaan. Saya juga menggunakan telefon saya untuk menempah hotel, kapal terbang dan pembelian-pembelian dalam talian.  

Apakah yang anda boleh katakan untuk memberikan inspirasi kepada rakan-rakan sebaya anda?

Bagaimanakah anda akan bersedia untuk masa hadapan dan terlibat dengan perihal dunia? Anda perlu mengambil langkah pertama dan biasanya inilah yang paling sukar. Bagaimakah kita menyelesaikan masalah ketakutan? Sebagai seorang duta, ini bermakna saya seperti anda. Kita telah melalui pengalaman kehidupan yang serupa.

a-siwas-thirst-for-learning-5

Maka, secara bersama, melakukan suatu yang mudah untuk mendapatkan hasil yang kita inginkan, dam kita boleh menyemai benih kejayaan bersama-sama. Sekali lagi, kedahagaan memburu ilmu mesti ada. Kita mesti berupaya untuk melihat manfaat-manfaatnya dan penghasilannya. Sekiranya tidak, kita akan terbantut, kolot dan ketinggalan zaman. Inilah pendapat daripada saya, seorang yang telah berusia 66 tahun ingin menjadi duta yang lebih baik untuk masyarakat. 

Program SIWA ini membantu warga emas memulakan gaya hidup digital dan ini nantinya akan mengalakkan orang disekeliling untuk melakukan yang serupa. Sekrianya cerita EN Ramli mengingatkan anda akan seseorang dalam diri anda, pencalonan untuk SIWA selanjutnay akan diadakan pada suku kedua 2020. Informasi lanjut boleh diakses di sini.

Untuk mendapatkan informasil lanjut tentang penabalan SIWA 2019, sila tonton video di YouTube.