Cerita yang diketengahkan

Mitos Pembelajaran Digital

23/09/2019

Mitos Berkenaan Kemahiran Pembelajaran Digital

Sebilangan orang, terutamanya warga emas, mungkin merasakan bahawa mempelajari kemahiran digital asas adalah satu yang menyukarkan. Walau bagaimanapun, perkara yang kelihatan seperti cabaran juga dapat mengubahnya daripada suatu yang membebankan kepada suatu yang mudah hanya dengan satu klik butang. Kami melihat beberapa mitos umum mengenai pembelajaran kemahiran digital yang mungkin tidak menggalakkan orang untuk mencelupkan jari kaki ke perairan digital.

1. Perjalanan yang lama dan berliku

Memperkenalkan Tony dan Ricky, dua warga emas yang berada di dua spektrum kemahiran digital yang bertentangan - Ricky gemar meneroka cara baharu melakukan sesuatu, sementara Tony kurang yakin untuk mendapatkan kemahiran baharu pada usianya, dan lebih suka melakukan sesuatu dengan cara konvensional. Dalam video ini, Tony akhirnya diyakinkan oleh isteri dan rakannya untuk menghadiri kelas pembelajaran infokom untuk memperoleh kemahiran digital asas. Pada awalnya dia risau. Tetapi setelah menghadiri sesi tersebut, dia terkejut kerana dia berasa seronok dan mendapati kandungan sesi itu amat berguna dan bermakna. Malah, dia teruja untuk menggunakan kemahirannya serta-merta dan cuba menempah pengangkutan perjalanan pulang dengan menggunakan telefon bimbitnya.

digital-myths-1

Saksikan perjalanan pembelajaran Tony di sini here.

Apabila seseorang mendengar frasa seperti "kemahiran digital", buku besar dan kursus yang memakan masa mungkin terlintas di fikirannya. Sebenarnya, tidak sebegitu rumit. Terdapat banyak pilihan yang tersedia untuk membantu orang, terutamanya warga emas, untuk menggunakan kemahiran digital. Sebagai contoh, IMDA mempunyai kursus Kemahiran Digital Asas selama satu hari yang membantu mempersiapkan seseorang untuk bersedia secara digital! Melalui latihan sehari, warga emas dapat mempelajari kemahiran seharian yang biasa seperti melayari internet untuk mencari maklumat, berbual dengan rakan-rakan di alam maya melalui mesej teks dan mengakses perkhidmatan digital seperti perbankan internet, membeli-belah dalam talian dan tempahan pengangkutan.

2. Cara Tradisional adalah Cara Terbaik

Kedua-dua sahabat kembali bersama! Mereka dengan gembiranya menyanyikan lagu-lagu daripada DVD pilihan apabila timbul masalah: mereka tidak dapat menemukan lagu seterusnya. Ricky yang mahir digital mencadangkan menggunakan telefonnya untuk mencari tajuk lagu yang hilang untuk dimainkan di TV pintar, tetapi Tony menghentikannya dan berkeras untuk mencari DVD asli yang mengandungi lagu di bilik stornya. Sementara dia panik mencarinya di rumah, pesta diteruskan di ruang tamu sementara Ricky mnecari lagu menggunakan telefonnya.

digital-myths-2

Dapatkah Tony mencari DVD tersebut di dalam stornya lebih pantas daripada Ricky yang mencarinya di  tapak web? Dapat tahu di sini. here.

Sebilangan warga emas mungkin masih bergantung pada cara yang telah diuji cuba. Contohnya, ada yang lebih suka menggunakan pemain DVD berbanding laman web dalam talian seperti YouTube atau Netflix. Sebenarnya, kita dapat menjadikan kehidupan seharian kita lebih selesa dengan teknologi digital. Ini membolehkan kita mengakses maklumat hanya dengan satu klik butang. Dalam contoh ini, teknologi digital telah membolehkan Ricky memanfaatkan perkhidmatan video dalam talian untuk mencari tajuk lagu yang hilang dengan mudah. Dia menjimatkan masa dan ruang kerana dia tidak lagi memerlukan ruang simpanan untuk menyimpan barang fizikalnya.

3. Buat apa? Sungguh Leceh!

Ini pesta makan malam, para tetamu tiba, tetapi ada ramuan utama yang tidak ada untuk hidangan utama! Tony rasa tercabar apabila Ricky memutuskan untuk memesan barang runcit melalui telefonnya sementara Tony menegaskan bahawa keluar dan dapatkannya di kedai akan lebih cepat. Tony terkejar-kejar masa untuk dapatkan kedai yang betul memandankan kedai-kedai akan ditutup, dan Ricky memesan bahan-bahan menggunakan aplikasi mudah alih.

digital-myths-3

Dapat tahu pemenangnya di sini!here!

Sebilangan mungkin merasakan bahawa tidak berbaloi untuk mempelajari kemahiran digital asas. Lagipun, seseorang hanya perlu mendapatkan teksi di tepi jalan sambil mengangkut barang runcit rumah yang berat dari pasar raya, tugas yang membosankan dan sering bergandingan. Namun, dengan hanya beberapa sentuhan pada peranti mudah alih, pengguna dapat melihat perkhidmatan membeli-belah dalam talian dan barangan runcit dihantar ke depan pintu rumah anda. Pengangkutan juga tersedia dalam talian. Biarkan teksi datang kepada anda dan bukannya anda mencarinya secara manual!

digital-myths-4

Buat tempahan untuk pengangkutan! Biarkan mereka datang kepada anda. Dapat tahu di sini.  here.

Dengan semua kemudahan yang dihasilkan oleh teknologi digital, seseorang juga harus berhati-hati dengan perangkap, penipuan dan berita palsu. Jangan risau kerana kursus IMDA telah dirancang untuk merangkumi topik kesejahteraan siber untuk mendidik warga tua mengenai pentingnya melindungi data peribadi mereka serta belajar cara untuk tetap selamat dalam talian.

Kesediaan Digital menjadikan kehidupan lebih baik. Sertai yang lain dan bersedia digital, tempah pengangkutan untuk hadiri salah satu kursus kendalian kami hari ini!